REFLEKSI SAYA

         Saya Nur Amni Batrisyia binti Hazaha, bernombor ID: IDA22-08-122 merupakan pelajar dari Kolej Professional Mara Indera Mahkota (KPMIM) akan berkongsikan sediikit sebanyak refleksi diri saya mengenai pembelajaran KQK 1051 saya telah pelajari pada Sem 2 saya kali ini.

Saya ialah pelajar dari kelas DIA2A. Pada semester kali ini, bagi tugasan yang pertama, kami dikehendaki untuk mencipta satu poster mengikut tajuk yang dipilih. Saya telah memilih pengurusan stress sebagai tugasan saya. Tugasan ini merupakan tugasan individu bagi pelajar semester 2. Tugasan ini telah membuatkan kebolehan saya untuk mereka poster dan mengeditnya lebih baik. Selepas saya membuat poster, saya perlu membuat pembentangan poster saya kepada rakan-rakan saya serta Madam Nuha. Pembentangan ini telah menambahkan tahap keberanian saya untuk bercakap di khalayak orang ramai.

        Kemudian, bagi tugasan yang kedua pula, saya diberikan tugas untuk membuat slide presentation tentang poster yang telah direka iaitu tentang pengurusan stress. Saya perlu menyertakan definisi, cara-cara dan kelebihan menghindari stress supaya apabila saya membentangkan slide presentation saya, mereka lebih memahami tentang tajuk saya lakukan. Terdapat pelbagai perkara yang saya telah peroleh melalui tajuk presentation oleh rakan-rakan saya seperti contoh kebaikan kempen menderma derma.

       Seterusnya, bagi tugasan yang ketiga pula, saya bersama rakan-rakan saya perlu membuat video aerodance. Video ini perlu dibuat secara berkumpulan dan berdurasi selama 5-8minit. Kami telah membentuk kumpulan seramai 11 orang dan telah mencari lagu yang sesuai untuk melakukan video aerodance kami. Saya dapat mengenali rakan-rakan saya dengan lebih rapat sewaktu berlatih melakukan aerodance itu dan pada masa yang sama kami juga dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan kami.

       Terdapat pelbagai kelebihan yang saya telah peroleh dan salah satunya saya telah menambahkan ilmu pengetahuan saya mengenai tajuk tugasan yang saya telah pilih iaitu pengurusan stress. Seterusnya juga, tugasan aerodance yang telah dilakukan itu telah membuatkan saya dan rakan-rakan saya lebih mengenali antara satu sama lain.

       Namun begitu, terdapat satu kelemahan yang dapati menerusi projek ini iaitu apabila kelas pembentangan diadakan, ramai di kalangan rakan-rakan saya telah menyertai kelas tersebut lambat dan perkara ini telah menyebabkan pembaziran masa berlaku. Penambahbaikan yang dapat saya cadangkan ialah mereka mestilah peka dengan setiap perkara supaya pembaziran masa tidak akan berlaku.

      Sekian sahaja refleksi diri daripada saya. Sebelum saya mengundurkan diri saya ingin memohin aaf kepada Madam Nuha sekiranya saya ada terkasar bahasa atau terlanjur bicara. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada Madam Nuha kerana telah mempercayakan saya dan melantik saya sebagai salah seorang ahli jawatankuasa bagi subjek KQK 1051 ini serta saya ingin ucapkan terima kasih kepada Madmam Nuha dan rakan-rakan saya yang telah membantu saya dalam melakukan setiap tugasan yang telah diberikan.

Comments